Pelajar KV Keningau Terima Penghargaan Menteri Pendidikan Sebagai Finalis Global Student Prize 2023

KENINGAU : Nurul Nazieha Jasnie, pelajar jurusan bakeri & pastri Kolej Vokasional Keningau, yang berjaya tersenarai sebagai 50 finalis teratas bagi Global Student Prize pada tahun ini telah diberi penghargaan khas dari Menteri pendidikan, YB Fadhlina Sidek, di Kolej Vokasional Gombak, Selangor, semasa Karnival Mini Pendidikan MADANI pada 9 Ogos 2023.

Pelajar KV Keningau Terima Penghargaan Menteri Pendidikan Sebagai Finalis Global Student Prize 2023 Read More

Pelajar Sabah Pamer Projek Alam Sekitar Di Persidangan Penyelidikan STEM Antarabangsa

KENINGAU : Denver Eldie, pelajar tahun akhir jurusan teknologi elektrik Kolej Vokasional Keningau, merupakan salah satu daripada 33 belia dari seluruh dunia yang terpilih sebagai pempamer projek secara dalam talian di persidangan Youth STEM Matters Research Conference yang berlangsung dari 29 Julai sehingga 30 Julai 2023.

Pelajar Sabah Pamer Projek Alam Sekitar Di Persidangan Penyelidikan STEM Antarabangsa Read More

KV Keningau Johan & Naib Johan Pertandingan Pitchbah 2023

KENINGAU : Dua pasukan Kolej Vokasional Keningau dari dua program yang berbeza, Teknologi Elektrik dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, telah berjaya mendominasi pertandingan keusahawanan Pitchbah anjuran Ooze Club apabila muncul sebagai johan dan naib johan dengan hadiah wang ringgit berjumlah RM 5000 bagi pemenang tempat pertama dan RM 3000 bagi pemenang tempat kedua.

KV Keningau Johan & Naib Johan Pertandingan Pitchbah 2023 Read More

Pelajar Sabah Wakil Malaysia Ke Manila Kongsi Projek Kesihatan Mental Secara Bersemuka

KENINGAU :Seorang pelajar seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, Nur Afiqa Amani, 19, telah diterima permohonannya sebagai delegasi bagi sidang kemuncak belia di Manila, Filipina, pada 27 sehingga 28 Jun 2023 untuk membentang projeknya berkenaan dengan kesihatan mental.

Pelajar Sabah Wakil Malaysia Ke Manila Kongsi Projek Kesihatan Mental Secara Bersemuka Read More

Guru Sabah Lima Finalis Terbaik Anugerah Inovasi GoAbroad

KENINGAU : Pasukan guru Kolej Vokasional Keningau yang terdiri daripada empat orang guru iaitu Puan Shamsiah Jaafar, Encik Azlan Lakunsim, Puan Winnie Ahoi dan Dr. Sirhajwan Idek telah berjaya melayakkan diri sebagai lima finalis terbaik bagi anugerah inovasi GoAbroad 2023 dalam kategori “Innovation in Sustainability”.

Guru Sabah Lima Finalis Terbaik Anugerah Inovasi GoAbroad Read More

Puisi Pelajar Sabah Salah Satu 13 Karya Terpilih Untuk Majalah Sastera UK 2023

KENINGAU : Ashraf Daniel Anuar, 18, pelajar jurusan bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau, telah menulis karya puisi bertajuk “I Took It On Myself” yang merupakan salah satu daripada 13 karya terpilih yang diterbitkan di majalah sastera keluaran Britain iaitu Margate Bookie Zine edisi tahun 2023.

Puisi Pelajar Sabah Salah Satu 13 Karya Terpilih Untuk Majalah Sastera UK 2023 Read More