Pelajar Sabah Raih Anugerah Di Festival Seni Antarabangsa Dengan Filem Pendek

KENINGAU : Sekumpulan pelajar dari jurusan pendidikan awal kanak-kanak telah mendapat tempat pertama di festival seni “Art Marathon in France” pada 5 April 2023 dalam kategori filem pendek.

Mereka terdiri daripada Nursofi Aisyahtul Fatihah, Naveah Abila, Ave Vanessa, Brandon Zachary David, Chris Elvyenie Grice Michael dan Vitavenicea Layuni.

Filem pendek ini dilakonkan semula berdasarkan kisah benar salah seorang pelajar kolej itu yang nyaris nyaris menjadi mangsa penipuan yang lebih dikenali sebagai ‘scam’ dalam Bahasa Inggeris.

Ianya mengisahkan seorang pelajar yang terpedaya dengan ajakan kenalan rapatnya berkenaan dengan perniagaan dalam talian yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Namun skim tersebut memerlukannya untuk memindahkan wang dari akaun peribadi ke satu akaun dari masa ke semasa sebelum mendapat wang yang dipindahkan bersama bayaran tambahan untuk setiap permindahan.

Jumlah wang tersebut semakin lama semakin meningkat dan sindiket terbabit kian mendesak agar pembayaran dibuat serta-merta.

Apabila tindakanya itu disedari oleh para guru, mereka menasihatnya untuk berhenti dan akhirnya dia berkeputusan untuk tidak lagi melibatkan diri kerana makin terbeban dengan skim penipuan itu.

Ini adalah salah satu contoh penipuan dimana mangsa menjadi keldai akaun yang boleh disabitkan kesalahan jenayah.

Pasukan pelajar ini menghasilkan filem ini untuk meningkatkan kesedaran warga kolej itu dan orang awam agar berhati-hati dengan skim penipuan yang kian berleluasa.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik, memuji usaha para pelajar ini dalam menyebarkan maklumat penting secara kreatif yang menganggap ini sebagai salah satu inovasi yang boleh digunakan untuk mengatasi pengaruh penipuan memandangkan ramai warga Malaysia telah menjadi mangsa dan ianya telah menimbulkan kerisauan yang tinggi di kalangan masyarakat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Filem pendek yang bertajuk “Watch Your Step” (jaga langkah anda) itu boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *