Puisi Pelajar Sabah Salah Satu 13 Karya Terpilih Untuk Majalah Sastera UK 2023

KENINGAU : Ashraf Daniel Anuar, 18, pelajar jurusan bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau, telah menulis karya puisi bertajuk “I Took It On Myself” yang merupakan salah satu daripada 13 karya terpilih yang diterbitkan di majalah sastera keluaran Britain iaitu Margate Bookie Zine edisi tahun 2023.

Majalah tersebut boleh dimuatturunkan di laman sesawang https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/

Majalah keluaran persatuan kebajikan Margate Bookie tersebut berpangkal di Kent, England, dan ianya mendapat sokongan daripada Arts Council England.

Persatuan kebajikan ini menerbitkan kompilasi karya asli yang dipilih dari karya-karya yang diterima dari seluruh dunia setiap tahun.

Hasil karya yang diterbitkan adalah sebanyak 50 karya untuk setiap edisi tahunan namun pada tahun 2023 ianya merupakan edisi khas yang menerbitkan sebanyak 13 karya sahaja.

Sebanyak lima orang pelajar KV Keningau telah berjaya menerbitkan karya mereka berupa lukisan, puisi, esei dan cerpen pada tahun 2021 dan 2022.

Puisi yang dicoret oleh Ashraf Daniel ini merumuskan refleksi dirinya yang menyalahkan diri sendiri atas masalah yang menimpa ahli keluarganya namun dia sedar bahawa dia perlu lebih rasional dan optimistik dalam menghadapi isu-isu sebegitu.

Pengarah kolej itu, Puan Christine Stanislaus Kinsik, berasa bangga dengan pencapaian pelajar itu dan berharap agar para pelajar didedahkan kepada dunia penulisan karya sastera yang mampu meningkatkan kemahiran bahasa dan menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *