Pelajar Sabah Raih Anugerah Di Festival Seni Melalui Video Puisi

KENINGAU : Naveah Abila, 18, pelajar pendidikan awal kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau, telah meraih hadiah pertama dalam kategori video puisi di festival seni dalam talian yang berpangkal di Argentina pada 5 Ogos 2023.

Festival “Argentine Gathering” anjuran Monolit Festival tersebut telah mengiktiraf puisi bertajuk “Peace” hasil karya pelajar ini yang dipersembahkan melalui rakaman video.

Puisi tersebut menjelaskan kepentingan bagi setiap individu untuk mencari jalan meluahkan perasaan mereka sekiranya mereka berasa kecewa, murung, atau tertekan.

Penulis menggunakan bunga dan bulan sebagai metafora dimana dia membandingkan kehidupan sebagai bunga yang harus dihargai kerana ianya cantik namun ianya layu sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Dia juga menggunakan perumpamaan bulan sebagai aspek positif kehidupan kerana walaupun segelap manapun di waktu malam bulan sentiasa memancarkan cahaya.

Naveah Abila merakam video puisi tersebut sewaktu cuti sekolah di tempat-tempat yang dia lawati bersama keluarganya.

Dia meluahkan rasa gembira kerana puisinya telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa memandangkan dia mengambil serius isu kesihatan mental di kalangan masyarakat yang semakin merisaukan.

Pengarah kolej itu, Puan Christine Stanislaus Kinsik, memuji usaha pelajar ini yang menggunakan minat dia dalam bidang penulisan untuk menyampaikan mesej yang positif dan dia setuju bahawa kesihatan mental harus diberi perhatian dan ini selari dengan program minda sihat yang telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan.

Puisi tersebut boleh diakses melalui pautan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *