Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

KENINGAU : Anzenikha Zali, graduan Kolej Vokasional Keningau dalam program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, telah menerima anugerah khas semasa Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan pada 29 Februari sehingga 5 Mac 2024.

Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Read More

Pelajar Sabah Menang Emas Dengan Projek Pengantarabangsaan

KENINGAU : Jyfreena Ryzza Yanik, seorang pelajar tahun akhir Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya memenangi pingat emas di pertandingan International Creative Innovation Idea Competition 2024 anjuran persatuan akademik MNNF Network untuk projek pendidikan yang diketuainya iaitu “Virtual, Remote, Live” ataupun lebih dikenali sebagai VRL yakni akronim kepada nama penuh projek tersebut.

Pelajar Sabah Menang Emas Dengan Projek Pengantarabangsaan Read More

Pelajar Teknologi Pembinaan KV Keningau Bentang Projek Tahun Akhir Di Persidangan Dalam Talian

KENINGAU : Pasukan pelajar dari jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek tahun akhir secara langsung mereka di persidangan dalam talian International Mediteranean Congress pada 13 sehingga 14 Januari 2024. Persidangan anjuran persatuan akademik IKSAD yang berpusat di Turkiye itu telah dihadiri oleh pembentang-pembentang dari 31 negara.

Pelajar Teknologi Pembinaan KV Keningau Bentang Projek Tahun Akhir Di Persidangan Dalam Talian Read More

Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Atas Pencapaian Sukan

KENINGAU : Victer Ben Salleh, 17, pelajar berkeperluan khas Kolej Vokasional Keningau, telah menerima sijil kehormat pelajar SENIA daripada persatuan kebangsaan pendidikan khas iaitu Special Education Network & Inclusion Association ataupun SENIA pada November 2023 atas pencapaiannya dalam bidang sukan padang melalui kejohanan sekolah perdana dan pendidikan khas di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan pada tahun 2022 dan 2023. Dia adalah atlet acara lontaran iaitu lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing.

Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Atas Pencapaian Sukan Read More

Pelajar Bakeri & Pastri Bentang Projek Gerai Jualan Di Persidangan Dalam Talian Turkiye

KENINGAU : Pasukan pelajar dari jurusan Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional Keningau telah telah membentang projek tahun akhir mereka di persidangan dalam talian ASES Bandirma International Scientific Studies Conference yang berlangsung di Zoom selama tiga hari iaitu pada 27 sehingga 29 Oktober 2023.

Pelajar Bakeri & Pastri Bentang Projek Gerai Jualan Di Persidangan Dalam Talian Turkiye Read More

Kolej Vokasional Keningau Juara Keseluruhan Sabah Hospitality Fiesta 2023 Kategori Perantis

KENINGAU : Pasukan Kolej Vokasional Keningau yang terdiri daripada 14 pelajar telah menyertai enam kategori yang dipertandingkan di Sabah Hospitality Fiesta yang ke-23 yang bertempat di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, dari 4 sehingga 5 November 2023.

Kolej Vokasional Keningau Juara Keseluruhan Sabah Hospitality Fiesta 2023 Kategori Perantis Read More

Pelajar Sabah Terpilih Membentang Projek Kesihatan Mental Di Persidangan Kementerian Pendidikan

KENINGAU : Nur Afiqa Amani, pelajar jurusan seni kulinari dan pembimbing rakan sebaya Kolej Vokasional Keningau, telah terpilih untuk membentang projek kesihatan mental yang diketuainya di institusi itu di Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan yang bertempat di The Everly, Putrajaya, dari 18 sehingga 19 Oktober 2023.

Pelajar Sabah Terpilih Membentang Projek Kesihatan Mental Di Persidangan Kementerian Pendidikan Read More

Pelajar Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Menulis Esei Antarabangsa

KENINGAU : Esei hasil tulisan Nurul Nadirah Naquyyah, 17, pelajar jurusan Teknologi Elektrik, dari Kolej Vokasional Keningau telah diiktiraf dengan anugerah emas melalui pertandingan The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023 yang dianjurkan secara tahunan oleh Royal Commonwealth Society yang berpusat di United Kingdom.

Pelajar Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Menulis Esei Antarabangsa Read More