Pelajar Bakeri & Pastri Bentang Projek Gerai Jualan Di Persidangan Dalam Talian Turkiye

KENINGAU : Pasukan pelajar dari jurusan Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional Keningau telah telah membentang projek tahun akhir mereka di persidangan dalam talian ASES Bandirma International Scientific Studies Conference yang berlangsung di Zoom selama tiga hari iaitu pada 27 sehingga 29 Oktober 2023.

Persidangan anjuran Academy of Scientific and Educational Studies (ASES) tersebut mempertengahkan 202 projek yang dikongsikan oleh delegasi-delegasi terpilih dari 20 buah negara.

ASES adalah sebuah organisasi ilmiah yang berpangkal di negara Turkiye dan ianya kerap menganjur persidangan secara fizikal dan maya.

Pasukan ini terdiri daripada tiga pelajar tahun akhir jabatan hospitaliti iaitu Syaidatul Nur Azyyati Juhairi, Faloma Merokus dan Gayn Joynieunice Gatin.

Projek yang mereka telah bentang merupakan satu aktiviti gerai jualan roti dan kek. Melalui aktiviti ini, mereka cuba menyelidik keberkesanan strategi promosi serta kepuasan pelanggan terhadap produk jualan mereka.

Mereka mengambil keputusan melaksanakan projek ini sebagai tugasan tahun akhir mereka apabila meneliti beberapa kajian projek tahun akhir dari pelajar-pelajar lepas.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi oleh para pelajar sebelum ini, mereka berhasrat untuk membuat kesinambungan daripada projek lepas dengan mengambil kira cadangan penambahbaikan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Bin Akup, berasa bersyukur dengan penglibatan para pelajar kolej itu dalam persidangan penyelidikan dan akademik lebih lebih lagi sebagai pembentang bagi projek tahun akhir mereka.

Dia yakin penglibatan sebegini mampu meningkatkan kredibiliti pendidikan vokasional dan berharap amalan ini akan terus dipraktikkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan secara langsung pasukan pelajar ini boleh diakses melalui pautan YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *