KV Keningau Muncul Juara Pertandingan Literasi Media & Maklumat

KENINGAU : Pasukan pelajar Kolej Vokasional Keningau telah muncul juara pertandingan literasi media dan maklumat, Projek Pandai Media, anjuran Media Education for All pada 26 Januari 2024 yang diumumkan melalui sidang kemuncak program itu yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube.

Pasukan ini menerima wang geran berjumlah Ringgit Malaysia 1000.00 untuk menyebarluas projek mereka yang dinamakan “Clickbait: What Will Your Story Be?” iaitu satu permainan papan yang diterapkan dengan unsur digital bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti maklumat sahih dan maklumat palsu.

Pertandingan tersebut yang terbuka kepada pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi di benua Asia Tenggara dilaksanakan secara berperingkat dengan jumlah penyertaan sebanyak 113 sebelumnya ianya disenaraipendekkan kepada 10 pasukan terbaik yang masing-masing membentang projek mereka di sidang kemuncak tersebut.

Pasukan KV Keningau terdiri daripada tiga orang pelajar iaitu Elisha Carmen Erick (16), Danniel Imannuel Sanadi (17) dan Mohd Danish Shah Abdullah (17) dan mereka telah dibimbing oleh ketua unit teknologi komunikasi maklumat, Khalifa Affnan.

Projek ini merupakan salah satu inisiatif dibawah program STEM kolej itu yang dinamakan Eureka Hub yang jua diketuai oleh guru pembimbing pasukan terbabit.

Program Eureka Hub yang ditubuhkan pada tahun 2020 ini telah melatih pelajar dan guru dalam pelbagai bidang yang melibatkan teknologi terkini seperti pengaturcaraan, pencetakan tiga dimensi dan pengoperasian dron.

Ketua pasukan itu, Elisa Carmen, menzahirkan rasa syukur yang teramat sangat kerana persaingan yang sengit diantara pasukan yang bertanding dan mereka telah bekerja keras menambahbaik projek mereka sepanjang tempoh pertandingan tersebut.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pasukan itu kerana berjaya muncul sebagai pasukan terbaik dalam pertandingan berperingkat antarabangsa itu.

Dia berharap agar projek itu berjaya disebarluaskan supaya ianya dapat memberi faedah kepada komuniti setempat dan komuniti pendidikan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Laman sesawang bagi permainan papan rekaan pasukan ini boleh diakses melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/clickbait/home

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *