Pelajar Teknologi Pembinaan KV Keningau Bentang Projek Tahun Akhir Di Persidangan Dalam Talian

KENINGAU : Pasukan pelajar dari jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek tahun akhir secara langsung mereka di persidangan dalam talian International Mediteranean Congress pada 13 sehingga 14 Januari 2024. Persidangan anjuran persatuan akademik IKSAD yang berpusat di Turkiye itu telah dihadiri oleh pembentang-pembentang dari 31 negara.

Pasukan pelajar ini terdiri daripada tiga orang pelajar tahun akhir iaitu Jasper Jilo Jude, Mary Anne Dalubatan dan Muhd Aliff Khars Fathanah Kahar.

Mereka membentang projek tahun akhir mereka iaitu mesin yang mengumpul dan menapis air hujan serta menggunakannya untuk menjana tenaga elektrik. Projek tersebut yang masih dalam proses pembangunan prototaip direka untuk meningkatkan bekalan air bersih di kolej tersebut serta memaksimakan potensi penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Pasukan ini juga pernah memenangi pingat emas dengan projek inovasi yang membantu penyebaran mortar bagi jubin lantai di pertandingan MyINSTINCT23 yang dianjurkan secara bersemuka oleh Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu pada tahun lepas.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, menyatakan rasa bangga dengan pasukan pelajar ini yang konsisten membangunkan inovasi dan mempertengahkan projek-projek mereka melalui platform-platform sebegini iaitu pertandingan dan persidangan.

Dia berharap agar KV Keningau terus menghasilkan para pelajar yang sentiasa berusaha menggunakan kemahiran dan kreativiti mereka secara produktif.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan mereka di persidangan tersebut boleh diakses melalui pautan YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *