Majlis Perwakilan Pelajar KV Keningau Anjur Lawatan Sambil Belajar Ke Semenanjung Malaysia

KENINGAU : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional (KV) Keningau telah mengadakan lawatan sambil belajar di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 31 Januari sehingga 4 Februari 2024.

Seramai 15 orang pelajar dan dua orang guru penasihat telah mewakili KV Keningau dalam program ini yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dijayakan dengan bantuan MPP dari KV Sepang.

Tujuan utama program ini adalah untuk pertukaran budaya, penandaarasan dan lawatan lapangan ke beberapa lokasi di bandar-bandar yang dikunjungi.

Rombongan MPP KV Keningau yang terlibat dalam lawatan ini adalah presidennya sendiri, Allen Ivannezz, serta ahli ahli lain iaitu Sonia Ivana, Joyce Hazel, Dennise Audrey, Ardiano Deron, Idrian Harun, Stacey Nicquen, Bryenda Fred, Nur Zarith Masyitah, Natalia Jaikoh, Michel Arabella, Altha Greecia dan Jyfreena Ryzza. Mereka diiring dan dibantu oleh dua orang guru iaitu Ahmad Azharulzaman dan Rowdella Raymond.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sembang santai, persembahan tarian dan permainan tradisional bersama MPP KV Sepang serta aktiviti Bahasa Inggeris dan pendidikan vokasional untuk murid-murid sekolah rendah.

Rombongan ini juga telah melawat beberapa tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengarah program yang juga merupakan presiden MPP tersebut, Allan Ivannezz Natanael, menyatakan rasa gembira kerana program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar memandangkan mereka telah melaksanakan pelbagai projek pengumpulan dana termasuklah konsert dan pasar lambak sejak tahun lepas.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada guru-guru penasihat dan pasukan pelajar ini kerana gigih berusaha dalam menjayakan program ini yang dapat memberi impak yang tinggi kepada pemimpin-pemimpin muda ini. Dia berharap agar program ini dapat dijalankan setiap tahun.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *