Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Atas Pencapaian Sukan

KENINGAU : Victer Ben Salleh, 17, pelajar berkeperluan khas Kolej Vokasional Keningau, telah menerima sijil kehormat pelajar SENIA daripada persatuan kebangsaan pendidikan khas iaitu Special Education Network & Inclusion Association ataupun SENIA pada November 2023 atas pencapaiannya dalam bidang sukan padang melalui kejohanan sekolah perdana dan pendidikan khas di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan pada tahun 2022 dan 2023. Dia adalah atlet acara lontaran iaitu lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing.

Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Atas Pencapaian Sukan Read More