Remaja Lelaki Ditemukan Lemas Di Pantai Batu Sapi

Anggota bomba membawa mayat mangsa ke darat.

SANDAKAN : Remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama rakannya di pantai Batu Sapi berdekatan Kampung Gas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mayat mangsa berusia 16 tahun ditemui orang awam kira-kira 30 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nizam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 5.40 petang semalam.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan remaja itu mandi bersama beberapa rakan sebelum dilaporkan hilang.

“Sepasukan 14 anggota dari BBP Sandakan digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun ditangguhkan pada 8 malam tadi sebelum disambung semula 6 pagi hari ini.

“Namun, pada 8 pagi, orang awam menemui mayat mangsa terapung sebelum dibawa naik ke daratan lalu diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk tindakan lanjut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *