Lelaki Cabul Anak Saudara Ditahan

Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 10 Januari : Seorang lelaki ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sri Bombalai Laut, Sungai Imam, Tawau selepas disyaki mencabul anak saudara perempuannya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, Polis telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada mangsa yang berusia 20 tahun pada jam 4.08 petang kelmarin.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota polis dari Balai Polis Bombalai telah menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bombalai Laut, Sungai Imam, Tawau,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek merupakan warga tempatan berusia 57 tahun.

Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *