Dua Maut, Kereta Sewa Bertembung Lori Di Jalan Kimanis-Keningau

Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 45 Jalan Kimanis-Keningau, awal pagi tadi.

PAPAR : Hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan menyebabkan dua lelaki maut dalam nahas jalan raya babitkan dua kenderaan di Kilometer 45, Jalan Kimanis-Keningau awal pagi tadi.

Seorang lagi cedera, manakala bayi perempuan berusia setahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pada jam 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan jenis Proton Persona bersama tiga penumpang dari arah Kota Kinabalu menuju ke Keningau.

Katanya, ketika sedang mendaki bukit, kenderaan jenis Proton Persona didapati hilang kawalan sekali gus masuk masuk ke lorong bertentangan.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan lori jenis Hino datang dari arah Keningau telah bertembung dengan kenderaan Proton Persona lalu kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.

“Pemandu berumur 33 tahun bersama penumpang duduk di bahagian hadapan Proton Persona maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamaruddin Ambo berkata, Sabah seorang penumpang wanita duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Papar dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Katanya pemandu lori berumur 35 tahun bersama kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kemalangan terbabit dan kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *