Janda, Duda Antara 6 Pasangan Khalwat Dicekup JHEAINS Malam Ambang Tahun Baharu

TAWAU : ‘Saya duda’, ‘saya janda’, demikian kata salah satu pasangan khalwat yang dicekup dalam serbuan Ops Khas, Ambang 2024, malam tadi.

‘Owh, duda bertemu janda la ni?’, balas mesra bersahaja Peguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), ketika sesi mengambil keterangan dari pasangan khalwat itu dijalankan.

Pasangan berkenaan diminta memberikan keterangan maklumat status, dimana wanita (janda) berumur 41 tahun, berasal dari daerah Sandakan itu mendakwa memiliki tiga orang anak, telah mengenali pasangan khalwatnya (duda) berumur 29 tahun, berasal dari Tawau itu, selama hampir 2 tahun dan merancang akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

Dalam operasi berkenaan, 6 pasangan khalwat telah dicekup bersekedudukan di bilik penginapan masing-masing menjelang ambang 2024.

Sementara itu, satu lagi pasangan khalwat yang turut ditahan dalam serbuan tersebut telah memberi keterangan bahawa mereka memiliki hubungan ‘kakak dan adik sepupu’, didapati berdua-duaan di dalam satu bilik penginapan.

Kesemua pasangan khalwat itu diminta mendatangkan penjamin masing-masing bagi membolehkan tindakan dan proses selanjutnya dibuat keatas mereka.

Ops Khas itu dijalankan di beberapa lokasi iaitu di Taman Muhibbah, kawasan Airport Lama, Jalan Persisir Traulsen dan Penginapan, bermula 10 malam menjelang ambang tahun baharu, dan berakhir 4 pagi.

Ops Khas berkenaan turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)/ IPD Tawau.

SumbeR: TAWAUSYURGA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *