McGregor Ucap Takziah Buat Khabib

Dari kiri; Abdulmanap Nurmagomedov, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.

DUBLIN, Ireland: Conor McGregor menyampaikan ucapan takziah kepada pesaingnya Khabib Nurmagomedov yang baru saja kehilangan bapanya.

Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat komplikasi berkaitan COVID-19.

“Kehilangan seorang ayah, jurulatih, dan penyokong tegar sukan ini. Takziah buat Abdulmanap Nurmagomedov,” kata McGregor di media sosial.

Khabib menewaskan McGregor di UFC 229 p[ada Oktober 2018 dan ia hanyalah permulaan kepada perseteruan antara mereka.

McGregor beberapa kali mahu mengadakan perlawanan semula sejak kekalahan itu, tetapi Khabib tidak berminat – lebih-lebih lagi ketika bapanya dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19.

Abdulmanap bagaimanapun sudah memaafkan McGregor yang sering menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka.

“Assalamualaikum semua. Saya maafkan Conor McGregor, semua sudah berlalu.

“Penting untuk membuat analisis dia atas setiap perkara yang berlaku, dan belajar daripadanya. Saya harap ini satu rahmat,” tulis Abdulmanap di media sosial pada tahun 2018. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1028