Jokowi Lantik Pemimpin Pembangkang Jadi Menteri

Jokowi lantik Prabowo jadi menteri. Reuters

JAKARTA: Pemimpin pembangkang Indonesia, Prabowo Subianto mendakwa dia dipelawa Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menyertai Kabinet baru pemimpin itu dan bekas jeneral tentera berkata, dia menerima pelawaan berkenaan.

“Hari ini saya secara rasmi dipelawa dan saya mampu membantu,” katanya yang mendakwa dia diperlukan untuk membantu bahagian pertahanan.

Prabowo adalah pencabar utama Jokowi dalam pilihan raya Presiden pada April lalu.

Dia antara beberapa pemimpin yang dijemput Jokowi termasuk pengasas Gojek, Nadiem Makarim untuk hadir ke Istana Presiden hari ini.

Prabowo tidak memberitahu jawatan yang bakal dipegangnya dalam Kabinet baru Jokowi itu tetapi media melaporkan dia mungkin dilantik sebagai menteri pertahanan. – Reuters

53