Abdul Taib Mahmud Diugut Bunuh

Abdul Taib diugut bunuh dalam satu ciapan di FB. Foto Google

Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama ‘Raja Rimba’ yang dipercayai melakukan ugutan bunuh terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya, kita sedang cari dia (suspek) dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Satu laporan oleh kakitangan Astana Negeri juga sudah dibuat pada 10.15 pagi tadi di Balai Polis Gita,” katanya hari ini.

Ugutan itu dipercayai dilakukan individu terbabit menerusi satu ciapan dalam sebuah kumpulan di FB semalam.

Menerusi ciapan itu, individu terbabit memuat naik gambar Abdul Taib berserta kapsyen ‘I will kill u’.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *