Shafie Dakwa ADUN Warisan Sokong Hajiji Kerana ‘Dibeli’

(Dari kiri) Adun Sabah, Mohammad Mohamarin, Norazlina Arif dan Chong Chen Bin ketika mengumumkan keputusan mereka keluar Warisan minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa tiga Adun Sabah meninggalkan parti itu untuk menyokong Ketua Menteri, Hajiji Noor minggu lalu kerana “dibeli”.

“Baru saja, apabila saya baru nak balik umrah ketika di Mekah, (saya dapati) tiga orang Adun saya kena beli,” kata Shafie (Warisan-Semporna) di Dewan Rakyat.

Beliau merujuk Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut mendakwa beberapa wakil rakyat Warisan juga “dibeli” ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

“Daripada 23 orang, kini tinggal 16. Ini saya dengar ada lagi nak ‘dibeli’.”

Katanya, ini sebabnya beliau menggesa Sabah melaksanakan enakmen anti-lompat parti di peringkat negeri.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan “membeli” Adun itu.

Lo Su Fui (GRS-Tawau) kemudiannya meminta Shafie membawa perkara itu ke mahkamah kerana tuduhan dibuatnya “sangat serius”.

FMT cuba menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sabah dan Muhyiddin untuk mendapatkan komen. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *