Pelajar Sabah Raih Tempat Pertama Pertandingan ‘Puppet Show’

KENINGAU : Pasukan pelajar dari jurusan pendidikan awal kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau telah merangkul tempat pertama dalam kategori “Puppet Show” di festival seni dalam talian yang berpangkal di Jerman pada 10 Januari 2023.

Pasukan in terdiri daripada lima orang pelajar iaitu Siti Nur Hanisah Binti Omar, Sonia Ivana Jack, Nydia Natasha Jefrin, Mohd Azirul Haiqal Bin Mohd Azri dan Nur Zarith Masyitah SH Binti Zaludih.

Pasukan ini memilih untuk mengadaptasikan cerita rakyat yang berasal dari Papar yang mengisahkan seorang lelaki bernama Mekau Serin yang pakar merawat sebarang penyakit. Dia telah dijemput oleh raja buaya jadian untuk mengubati anaknya yang sakit.

Kronologi kisah ini berakhir dengan persengkataan diantara orang kampung yang diketuai oleh Mekau Serin dengan spesies buaya jadian tersebut yang berkekalan hingga masa kini.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik @ Christina, mengatakan rasa bangga dengan kreativiti pelajar ini yang sejajar dengan program vokasional yang mereka pelajari.

Dia berharap budaya seni dan kreativiti akan terus diperkembangkan dan diterapkan di kalangan warga kolej itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Pautan rakaman persembahan mereka yang bertajuk “Mekau Serin & The Crocodile King” boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *