Guru Sabah Finalis Anugerah Asia Tenggara SWARA Awards 2025

KOTA KINABALU : Dr. Sirhajwan Idek, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah berjaya dipilih sebagai finalis bagi anugerah Sustainability Waste Awareness and Responsible Action Awards ataupun dikenali sebagai SWARA Awards 2025 anjuran Southeast Asian Regional Centre for Tropical Biology (SEAMEO BIOTROP) iaitu satu badan pendidikan yang berpangkal di Bogor, Indonesia.

Guru Sabah Finalis Anugerah Asia Tenggara SWARA Awards 2025 Read More

Enam Pelajar Sabah Berjaya Terbitkan Artikel di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

KENINGAU : Enam anak remaja Sabah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerbitkan artikel berkenaan dengan isu bahan buangan yang mereka telah masing-masing tulis di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia, STKIP PGRI Pacitan, untuk edisi yang bertemakan Hari Kesedaran Bahan Buangan yang dikeluarkan pada 28 Februari 2025.

Enam Pelajar Sabah Berjaya Terbitkan Artikel di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara Read More

Pelajar Kulinari Sabah Tersenarai 100 Wiki Impact Malaysia 2024

KENINGAU : Nur Afiqa Amani Muhd Safwan Sajani, pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah berjaya tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 Wiki Impact agen pembawa perubahan ataupun changemaker Malaysia untuk tahun 2024 dan sumbangan dia dikategorikan sebagai pemerkasaan belia.

Pelajar Kulinari Sabah Tersenarai 100 Wiki Impact Malaysia 2024 Read More

Pelajar Pembinaan Berjaya Terbit Kajian Ilmiah di Jurnal Akademik

KENINGAU : Sekumpulan pelajar perempuan berusia 18 tahun dari program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional (KV) Keningau, bersama dengan guru-guru mereka, telah berjaya menerbitkan artikel penyelidikan berkaitan dengan penilaian kerosakan struktur rumah di jurnal akademik bertajuk International Journal of Multidisciplinary: Applied Business and Education Research pada 23 September 2024.

Pelajar Pembinaan Berjaya Terbit Kajian Ilmiah di Jurnal Akademik Read More

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Penerima Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris

KENINGAU : Seorang pelajar tahun dua jurusan Pengurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Ilhan Ziqry Azimie, telah menerima anugerah penulis artikel terbaik melalui hasil karyanya yang bertajuk “To the Rescue Without a Doubt” dari kolej pengajian tinggi, STKIP PGRI Pacitan, Indonesia, pada 30 Ogos 2024.

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Penerima Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris Read More

Anak Sabah Terbit Artikel Editorial di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

KENINGAU : Empat orang anak Sabah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerbitkan artikel editorial yang mereka telah masing-masing tulis di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia, STKIP PGRI Pacitan, untuk isu Hari Perlindungan Anak Sedunia baru baru ini. Majalah tersebut yang dikenali sebagai E-Magz boleh diakses melalui pautan https://pbi.stkippacitan.ac.id/e-magazine/#flipbook-df_868/23/

Anak Sabah Terbit Artikel Editorial di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara Read More

Pelajar KV Keningau Ungguli Pertandingan Bahan Kitar Semula Dengan Hadiah RM 4,500

KENINGAU : Dua pasukan pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau telah memenangi tempat pertama dan tempat kedua di pertandingan Karya Kreatif Bahan Kitar Semula Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah pada 10 Ogos 2024 yang bertempat di Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang.

Pelajar KV Keningau Ungguli Pertandingan Bahan Kitar Semula Dengan Hadiah RM 4,500 Read More

Pelajar Sabah Penerima World Changer Award Melalui Projek Kesihatan Mental

KENINGAU : Seorang pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional Keningau, Nur Afiqa Amani Muhd Safwan Sajani, telah dipilih sebagai penerima World Changer Award daripada Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) yang telah diumumkan secara rasmi di laman sesawang persatuan tersebut pada 5 Ogos 2024.

Pelajar Sabah Penerima World Changer Award Melalui Projek Kesihatan Mental Read More