GRS Secara Rasmi Akan Sertai Kerajaan Perpaduan – PM

PUTRAJAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri ketika sidang media selepas memasuki pejabatnya pagi ini, berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bahawa GRS secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Ada satu hal yang berkaitan mengenai kedudukan Kerajaan Perpaduan ini. Hajiji menyatakan bahawa GRS secara rasmi akan menyertai.

“Ini bermakna kekuatan induk kita termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan GRS, bermakna kita sudah ada ‘hour’ atau sudah mencapai dua pertiga Ahli Parlimen yang akan mengukuhkan kestabilan politik negara,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di Medan Selera Presint 8, di sini, Anwar berkata, Hajiji menghubunginya semalam untuk memaklumkan mengenai perkara itu. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *