Menteri BN Dalam Kerajaan Dikelilingi ‘Musuh Dalam Selimut’, Kata Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Kabinet dari BN terdedah kepada risiko sabotaj selagi mana mereka bersama Bersatu dalam Jemaah Menteri.

KUALA LUMPUR : Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ahli Kabinet selain Bersatu sedang dikelilingi “musuh dalam selimut” susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang secara terbuka mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

Katanya, ahli Kabinet dari BN terdedah kepada risiko sabotaj selagi mana mereka mempertahankan komposisi Jemaah Menteri sedia ada bersama Bersatu yang diketuai bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, selepas Bersatu gagal melenyapkan BN khususnya Umno, kini parti itu mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin Umno yang didakwa dizalimi.

“Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk PPBM (Bersatu) bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.532.0_en.html#goog_1013798279https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.532.0_en.html#goog_1013798290https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.532.0_en.html#goog_1013798294https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.532.0_en.html#goog_1013798298Ads by 

“Mujur, sebahagian besar pimpinan BN termasuk presiden Umno dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya,” katanya di Facebook.

Zahid ketika mengulas lanjut, berkata tidak pelik apabila bukan Pakatan Harapan (PH) diumumkan sebagai musuh utama PN walaupun Muhyiddin pernah menyebut gabungan itu tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

Katanya, berkemungkinan satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Muhyiddin itu adalah pimpinan tertinggi PAS.

“Maka, dengan pengumuman Muhyiddin BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengingatkan penyokong serta pimpinan parti Bersatu bahawa musuh utama PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti adalah BN.

Beliau berkata, ketetapan itu telah dibuat dalam parti-parti PN. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *