GRS Kini Entiti Politik Sah, Kata Hajiji

Hajiji Noor (tengah) melancarkan parti KDM di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini adalah entiti politik yang sah.

Pengerusi GRS itu berkata, sijil kelulusan permohonan gabungan itu diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Jumaat lalu.

“Pendaftaran GRS ini sebagai respons kepada permintaan rakyat yang mahu melihat GRS didaftarkan sebagai sebuah entiti politik.

“Ini adalah masa terbaik, mari kita sama-sama mengetepikan politik negatif dan mengutamakan mandat yang telah diberikan demi kebaikan rakyat,” katanya ketika berucap pada pelancaran parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di sini, hari ini.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya mengalu-alukan permohonan KDM untuk menyertai GRS dan keputusan berhubung perkara itu akan dibincang bersama parti komponen GRS.

“Sekiranya semua parti politik (di Sabah) bekerjasama, negeri ini akan lebih membangun dan progresif dan inilah yang saya, sebagai Pengerusi GRS mahukan,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *