PRN Melaka: Pilih Biru Yang ‘Ori’, Jangan Terpedaya Biru Cetak Rompak, Kata Zahid

Ahmad Zahid Hamidi berkata sokongan kepada BN ia akan dapat kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU14.

KUALA LUMPUR: “Rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 Nov 2021.

“Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti. Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan,” katanya di Facebook dipercayai merujuk kepada warna biru yang menjadi lambang Perikatan Nasional (PN).

Zahid berkata, dengan memberi sokongan kepada BN ia akan dapat kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU14.

“BN mahu kembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang terus menerus merundum sejak 9 Mei 2018. Maka PRN Melaka sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya,” katanya.

Selain Pakatan Harapan (PN), BN akan berdepan PN di kesemua 28 kerusi DUN dalam PRN.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi Melaka supaya tidak tersalah pilih lambang biru selain Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) 20 Nov ini.

Beliau juga meminta supaya pengundi jangan terpedaya dengan parti politik yang turut menggunakan lambang biru seakan BN yang disifatkannya sebagai cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *