8 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 13 Ogos

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA : Lapan lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 13 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein dalam kenyataan memperincikan lokaliti terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di lapan lagi lokaliti di Sabah bermula 13 hingga 26 Ogos seperti berikut:

  • Tiga lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Kongsi 8, Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan PPR Taman Sri Apas Batu 8.
  • Dua Perumahan Ladang di Beluran, melibatkan Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Boustead Trunkline.
  • Kampung Kayu Madang, Telipok, Kota Kinabalu.
  • Kampung Batition, Kota Marudu.
  • Kampung Sunsuron, Tambunan.

Penamatan PKPD di Sabah bermula 12 Ogos adalah seperti berikut:

  • Blok Angsana dan Blok Sumboi-sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar.
  •  Kampung Pengalat Besar, Papar.
  • Tiga lokaliti di Penampang, melibatkan Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2.
  • Dua lokaliti di Tawau, melibatkan Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan.
  • Dua lokaliti di Tenom, melibatkan Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani.
  • Dua lokaliti di Putatan, melibatkan Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Kerama.
  • Kampung Talantang 1, Kota Marudu.
  • Kampung Ayer, Kudat.
  • Empat lokaliti di Sandakan, melibatkan Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata semalam sebanyak 173 kompaun dikeluarkan dan 17 direman atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, 33 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Menurutnya, dua pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala lima kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *