4 Lagi Lokaliti Di Sabah Kena PKPD Bermula Ahad

PUTRAJAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikenakan di empat lagi lokaliti di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD itu membabitkan dua lokaliti di Tawau dan dua lagi di Sandakan.

“PKPD di Tawau adalah di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih bermula 27 Jun hingga 10 Julai.

“PKPD di Sandakan adalah di Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni bermula 27 Jun hingga 10 Julai,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pelaksanaan PKPD itu untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan.

Beliau berkata, beberapa lokaliti PKPD ditamatkan iaitu di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada, Kuala Terengganu, Terengganu; Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Beliau berkata, beberapa lokaliti PKPD di Sabah pula ditamatkan iaitu di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang; Kampung Kadazan, Tawau; dua perkampungan di Kota Kinabalu; Kampung Skim Cocos, Kunak; Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu dan Taman Telipok Jaya, Tuaran.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *