Penumpang Pesawat Filipina Diwajibkan Pakai PPE

Penumpang pesawat di Filipina turut diwajibkan memakai PPE untuk menaiki penerbangan. -AP

MANILA: Ramai beranggapan bahawa pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) hanya melibatkan petugas kesihatan sahaja.

Namun, tidak di Filipina apabila penumpang pesawat turut diwajibkan memakai PPE untuk menaiki penerbangan.

Arahan tersebut dilaksanakan selepas kes di negara itu menunjukkan lonjakan sehingga lebih 500,000 kes.

Pertambahan kes itu berlaku ketika Filipina berdepan kritikan kerana gagal membuat keputusan dalam memperoleh vaksin COVID-19.

Pada Isnin, jangkitan baharu di Filipina direkodkan sebanyak 2,163, menjadikan jumlah kini 502,736, kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan 9,909 kes kematian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

510