Salji Turun Di Gurun Sahara!

Kawasan  pergunungan Dhar di Arab Saudi yang dilitupi salji.

RIYADH: Pemandangan Gurun Sahara di Afrika yang sebelum ini terkenal dengan cuaca panas terik dan kering kini bertukar apabila dilitupi salji.

Ia juga menyaksikan beberapa kawasan di Arab Saudi dilitupi ais akibat suhu yang mencecah -2 darjah Celsius.

Situasi itu menyamai keadaan di beberapa kawasan lain di Afrika dan Algeria yang turut dilanda salji dan cuaca sejuk.

The Sun melaporkan jurugambar merakam imej unta dengan salji yang turun di Tabuk di barat laut Arab Saudi itu dengan suhu 7 darjah Celsius.

Arab Saudi pernah dilanda salji pada 2018 dan ia bagaikan pesta bagi penduduk yang mengambil kesempatan itu untuk meluncur salji dan bermain bola salji.

Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar Ain Sefra, Algeria dekat sempadan Maghribi yang menunjukkan beberapa unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada -3 darjah Celsius.

Januari adalah bulan paling sejuk di Arab Saudi dengan suhu purata 20.2 darjah Celsius.

Tabuk adalah salah satu kawasan paling sejuk di negara itu, biasanya mengalami cuaca kering dengan suhu purata empat darjah Celsius.

Ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Pakar membuat kajian mengenai jumlah hujan di Gurun Sahara dan mendapati ada perubahan yang signifikan dalam tempoh lebih satu abad lalu disebabkan perubahan iklim.

Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1158