Cara Memohon I-Sinar Kategori 2 : Cara & Dokumen Sokongan Permohonan

Seperti yang ketahui umum, status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP bermula hari ini 4 Januari 2021.

Bagi ahli ataupun pencarum KWSP yang TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

APA ITU i-SINAR KATEGORI 2?

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

CARA MOHON i-SINAR KATEGORI 2

  1. Sila layari https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik PERMOHONAN i-SINAR
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta( nombor telefon terkini,nama bank,nombor akaun terkini)
  4. Sila muat turun dokumen sokongan
  5. Sila semak sebelum buat pengesahan
  6. Klik HANTAR

TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

TARIKH BAYARAN i-SINAR KATEGORI 2

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

JUMLAH KELAYAKAN i-SINAR

Sementara itu, jumlah kelayakan i-Sinar adalah bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Sekiranya ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Laman Web Rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Laman Web KWSP (i-Sinar) https://isinar.kwsp.gov.my/

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

60566