COVID-19 : Sabah Catat 3,388 Kes Positif Dan 15 Kematian Dalam Dua Minggu

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sebanyak 3,388 kes positif Covid-19 dengan 15 kematian direkodkan di Sabah sepanjang tempoh 14 hari iaitu dari 21 Dis 2020 hingga 3 Jan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sepanjang tempoh dua minggu tersebut, dengan 666 kes.

Empat daerah yang mencatatkan kes melebihi 300 adalah Penampang (466), Lahad Datu (433), Tawau (330) dan Sandakan (310).

Dalam tempoh 14 hari itu, tiga daerah mencatatkan lebih 100 kes adalah Papar (158), Putatan (148) dan Ranau (110).

Manakala, daerah yang mencatatkan kes melebihi 50 adalah Kota Belud (99), Keningau (99), Tuaran (99), Tambunan (62), Kinabatangan (55) dan Semporna (51).

Sepanjang tempoh 14 hari itu, sebanyak 17 daerah berada dalam zon merah, lima dalam zon jingga, tiga dalam zon kuning dan dua dalam zon hijau.

Dua daerah yang berada dalam zon hijau adalah Nabawan dan Tongod.

Sejak pandemik Covid-19 menular di Sabah, Nabawan mengekalkan rekod baik dengan jumlah kumulatif kes sebanyak tujuh kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *