Keluarga Maradona Mula Berebut Harta

Gambar fail – Maradona (tengah) bersama dua anak perempuannya dalam satu majlis suatu masa dulu. – Foto ihsan The Irish Sun.

BUENOS AIRES: Ahli keluarga Diego Maradona mula berebut harta mendiang yang bernilai 37 juta pound (RM200 juta) dengan kira-kira 16 orang kini menuntut hak mereka.

Legenda bola sepak Argentina itu yang meninggal dunia akibat serangan jantung bulan lalu itu memiliki lima anak, namun tidak meninggalkan sebarang wasiat.

Tuntutan mereka dibuat di lokasi rahsia berdekatan bandaraya ini, malam semalam.

Namun tujuh lagi anak luar nikah mendiang termasuk empat daripada lima adik-beradiknya dipercayai turut mahukan sebahagian harta Maradona.

Sumber memberitahu ‘perebutan untuk harta peninggalan Maradona tidak dapat ditandingi – ia akan menjadi seperti Piala Dunia.’

Surat mahkamah mendedahkan harta Maradona termasuk wang tunai di Switzerland, Dubai dan di sini merangkumi hartanah di beberapa lokasi dan deretan kereta mewah.

Akaun itu turut menunjukkan dana daripada kontrak pengiklanan dengan jenama besar seperti Puma dan Coca-Cola.

Maradona dikatakan menandatangani wasiat pada 2012 namun membatalkannya empat tahun kemudian.

Sumber berkata ‘tanpa wasiat, anak yang rapat dengan Maradona dan tidak pernah bertemu dengannya boleh menuntut hak yang sama rata’.

“Sudah tentu ia tidak dapat diterima oleh anak-anak yang menjadi sebahagian besar dalam hidupnya dan mereka berasa tertipu,” katanya. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9295