Pemain Bola Sepak Kategori Berkeperluan Khas Sabah Diiktiraf Anugerah World Changer!

Syabas kepada Edelson Dell Evaristus, bekas pelajar pendidikan khas (masalah pendengaran) KV Keningau, yang telah dianugerahkan dengan “World Changer” oleh persatuan antarabangsa SENIA atas sumbangannya dalam sukan bola sepak kategori khas di peringkat tempatan dan global pada 17 November 2020.

Edelson Dell telah mengharumkan nama Sabah dan Malaysia apabila berjaya mewakili Malaysia dalam perlawanan bola sepak di Taiwan dan Korea Selatan dan telah layak bertanding di Brazil untuk perlawanan seterusnya sekiranya tiada halangan.

Pencapaiannya ini telah memberi inspirasi kepada pelbagai golongan individu berkeperluan khas bahawa mereka mampu menceburi bidang sukan dengan cemerlang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *