660 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Dengan 4 Kes Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mengalami penurunan tiga angka dengan 660 kes baharu dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 50,390 kes setakat Rabu (18 November 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 12,814 kes.

Daripada 660 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan dua (2) warganegara dan dua (2) bukan warganegara yang tiba dari negara: Turki (2 kes), India (1 kes) dan Arab Saudi (1 kes).

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 630 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 37,254 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat 103 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan empat (4) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 322 kes atau 0.76peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: Sidang Media KKM

822