Agong Isytihar Darurat Di Parlimen Batu Sapi, Sabah – Istana Negara

Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar PRK Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara .

Perkenan Agong untuk darurat di Parlimen Batu Sapi ambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga COVID-19. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4399