Covid-19: 1,032 Kes Baharu, 8 Lagi Kematian

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kekal empat angka apabila mencatatkan 1,032 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,425 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,032 kes baharu itu, tiga kes membabitkan kes import iaitu bukan warganegara dari India, Singapura dan Filipina.

Beliau berkata, daripada 1,029 kes jangkitan tempatan itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 646 kes.

“Negeri lain iaitu Selangor (231 kes), Negeri Sembilan (44 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (28 kes), Kedah (25 kes), Pulau Pinang (23 kes) dan Sarawak (9 kes).

“Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7 kes), Perak (6 kes), Wilayah Persekutuan Putrajaya (empat kes), Terengganu (3 kes), Kelantan (2 kes) dan Johor (1 kes).

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 10,339 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 820 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 24,815 kes atau 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat pertambahan lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 271 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *