COVID-19: PKPD Di PPR Taman Harmoni, Sandakan, Tamat Esok

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan, Sabah, akan ditamatkan, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berikutan ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes baharu COVID-19 direkodkan di kawasan terbabit sejak 26 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, PPR Taman Harmoni masih tertakluk bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh Sabah,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

812