COVID-19: 834 Kes Baharu Dilaporkan, Sabah 503 Kes, Labuan Catat Peningkatan Hampir 6 Kali Ganda & 900 Kes Sembuh Hari Ini

PUTRAJAYA, 2 Nov: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 834 kes positif baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini.

Daripada angka tersebut, hanya tiga daripadanya merupakan kes import, manakala selebihnya adalah kes penularan tempatan.

Sabah mencatatkan sebanyak 503 kes, Selangor 129 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 105 kes, Pulau Pinang 21 kes, WP Kuala Lumpur 2o kes, Negeri Sembilan 16 kes, Sarawak 14 kes, Johor lapan (8) kes, WP Putrajaya enam (6) kes, Kedah tiga (3) kes, Kelantan dua (2) kes dan Pahang satu (1) kes.

Difahamkan, WP Labuan mencatatkan peningkatan enam kali ganda berbanding hanya 18 kes semalam.

Dalam masa sama, terdapat 900 kes pulih dan dibenarkan discaj turut dilaporkan hari ini.

Selain itu, terdapat 2 kematian dan 5 kluster baharu juga direkodkan hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1472