PKPD Dua Kampung Di Labuan Tamat Esok

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPD) Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Laut, Labuan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penamatan PKPD itu susulan saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan di dua lokaliti menurun dan terkawal.

“Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Laut, Labuan bermula daripada 21 Oktober 2020 sehingga 3 November.

“Bagaimanapun saringan Kementerian Kesihatan sehingga kini mendapati kes positif COVID-19 di kawasan itu menurun dan terkawal.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan terbabit pada esok seperti yang dijadualkan,” katanya pada sidang media media khas, hari ini.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, kedua-dua lokaliti itu masih tertakluk di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Wilayah Persekutuan Labuan yang sedang berkuat kuasa. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

847