COVID-19: Sabah Catat Tiga Kematian Hari Ini

gambar hiasan

PUTRAJAYA: Tiga kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 193 kes, bersamaan 0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu membabitkan seorang lelaki dan dua wanita di Sabah.

“Kes kematian ke 191 ialah lelaki berusia 78 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Manakala kes kematian ke 192 membabitkan wanita berusia 59 tahun. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang yang kronik dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata bagi kes kematian ke 193 ia membabitkan wanita berusia 90 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung serta disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1678