COVID-19: 1 Kluster Baharu Dikesan Di Sabah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan kesan satu kluster baharu iaitu Kluster Kertang membabitkan daerah Kota Belud di Sabah dan sehingga kini sudah menjangkiti 21 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke 17,623 yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat kes positif pada 14 Oktober lalu.

“Beliau dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Seri Bayu, Kota Belud untuk rawatan lanjut.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 216 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu 21 individu sudah dijangkiti dan 195 individu lagi mendapat keputusan negatif,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3459