Maszlee Malik Didakwa Sokong Anwar – Laporan

Maszlee meletak jawatan sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik didakwa memberi akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan portal MalaysiaNow pada Sabtu.

Laporan memetik sumber itu menyebut, tindakan Maszlee itu mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tindakan Maszlee ini akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Dr Mahathir.

“Kali terakhir Maszlee kena leter dengan bekas bosnya, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.

Pada Jumaat, Maszlee merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang turut menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maszlee yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan merupakan salah seorang individu di belakang usaha menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Dr Mahathir.

Sehingga kini, Astro AWANI masih berusaha menghubungi Maszlee dan pegawainya untuk mendapatkan pengesahan tentang dakwaan sokongan beliau kepada Anwar. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *