UMNO Pertimbang Tarik Diri Dari PN

KUALA LUMPUR: UMNO pertimbang untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baharu sekiranya ingin meneruskan kerjasama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui satu kenyataan sebentar tadi.

“Sebaliknya parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin,” katanya selepas mesyuarat biro politik majlis tertinggi parti itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Menurutnya lagi, UMNO akan turut mencadangkan supaya Muafakat Nasional (MN) didaftarkan secara rasmi.

“UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu MN agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai gabungan politik yang sah.

“UMNO berpandangan kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan.

“Sebarang keputusan UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama,  bangsa dan negara.

“UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya. – Suara.tv

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *