Ronaldo Positif Covid-19

Ronaldo tidak akan beraksi menentang Sweden. FOTO AFP

London: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo didapati positif koronavirus.

Bagaimanapun, penyerang Juventus itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala tetapi kini menjalani kuarantin.

Dia tidak akan beraksi untuk negaranya menentang Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara pada awal pagi Khamis ini.

Pemain lain dalam pasukan Portugal didapati negatif dan sedia beraksi dalam perlawanan itu.

Persekutuan Bolasepak Portugal berkata: “Cristiano Ronaldo diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan selepas ujian saringan mendapati dia positif Covid-19, jadi dia tidak akan berdepan Sweden.

“Pemain antarabangsa Portugal itu dalam keadaan sihat tanpa gejala dan kini menjalani kuarantin.

“Susulan kes positif, baki pemain menjalani ujian baru pagi ini dan kesemua mereka negatif dan boleh berlatih di bawah kendalian Fernando Santos petang ini.” – Agensi

1299