KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah meminta semua penumpang yang menaiki perkhidmatan Bas Ekspres Sabariah dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada 9 malam, 26 September lalu untuk tampil ke klinik kesihatan berhampiran.
Dalam paparan page di Facebook, jawatankuasa itu meminta semua penumpang yang menaiki bas tersebut untuk menjalani saringan kesihatan Covid-19 dengan kadar segera.
Makluman itu dipaparkan susulan ada kes positif dikesan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost