
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6 kluster baharu Covid-19 dengan 4 daripadanya di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 2 lagi kluster dikesan di Selangor dan Pulau Pinang.
Senarai 4 Kluster Baharu Di Sabah
Kluster Semarak dikesan di Tawau, kes indeks iaitu kes ke-12,200 adalah hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober lalu. Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Seterusnya Kluster Bena di Beaufort, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-15,575 dikesan positif hasil saringan di Hospital Sipitang pada 10 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Kluster ketiga ialah Kluster Sabindo di Tawau, Sabah. Kes indeks adalah kes ke-11,897 dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
Kluster keempat ialah Kluster Bestari di Sandakan, Sabah. Kes indeks adalah kes ke-14,830 yang dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober dan telah dimasukkan ke hospital di Sandakan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost