
PETALING JAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan berkuatkuasa tengah malam 7 Okt.
“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

“Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu dibenarkan.”
Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat khas menteri-menteri hari ini mendengar situasi semasa Covid-19 di seluruh Sabah yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan dan cadangan kerajaan Sabah.
Pelaksanaan PKPB ini, katanya, bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost