Hujan Lebat Di Sabah Dijangka Berterusan Hingga Selasa

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sabah dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga esok.

Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan melanjutkan amaran cuaca buruk dan waspada yang dikeluarkan pada 4 Oktober 2020 untuk lokasi-lokasi tertentu.

Amaran cuaca buruk (jingga) kini berkuat kuasa mulai hari ini hingga Selasa di bahagian pantai barat dan bahagian pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Manakala amaran cuaca waspada (kuning) berkuat kuasa mulai hari ini hingga Selasa di bahagian Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1656