Covid-19: 432 Kes Baharu, Rekod Tertinggi Setakat Ini

PETALING JAYA: Sebanyak 432 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan jumlah pesakit aktif kini lebih 2,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 429 melibatkan penularan dalam negara dan 3 kes import.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 12,813 kes Covid-19 dengan 10,340 daripadanya disahkan sembuh.

Jumlah pesakit yang kini dirawat di hospital mencecah 2,336 orang di seluruh negara.

Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 137 orang.

Sementara itu, 32 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 8 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *