Yang Anda Perlu Tahu Tentang PKPB Di Kota Kinabalu, Putatan & Penampang

PETALING JAYA: Kerajaan hari ini telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di 3 daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dalam usaha menghentikan penyebaran Covid-19.

Berikut perincian PKPB dan sekatan lain yang akan berkuat kuasa 12.01 tengah malam Rabu ini.

  • Kemasukan ke Sabah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang pas-pas yang dikeluarkan imigresen Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu (essential services). Selain kategori ini, mereka wajib mendapatkan kebenaran khas daripada kerajaan Sabah.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah.
  • Perniagaan bukan perkhidmatan perlu (non-essential service) hendaklah ditutup.
  • Restoran, kedai makan dan kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 hingga 6.00 petang.
  • Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran, dan bawa balik sahaja.
  • Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar harian antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani tidak dibenarkan.
  • Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • Pergerakan petugas atau penumpang perlu mendapatkan kelulusan polis terlebih dahulu.
  • Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.
  • Perkhidmatan teksi atau e-panggilan (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
  • Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
  • Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
  • Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
  • Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential service) dengan kelulusan polis.
  • Masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak tidak dibenarkan.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, dan budaya tidak dibenarkan.
  • Polis bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan tentera, Angkatan Pertahanan Awam & Rela. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *