Premis Niaga Di Sabah Hanya Dibuka Jam 6 Pagi Hingga 8 Malam

KUALA LUMPUR: Tempoh perniagaan yang lebih pendek adalah di antara prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan susulan pelaksanaan kawalan rentas daerah di Sabah berkuat kuasa hari ini hingga 16 Oktober depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata waktu operasi premis perniagaan seperti restoran, kedai makan dan serbaneka di Sabah kini hanya dibenarkan dibuka mulai jam 6 pagi hingga 8 malam.

Selain itu, beliau menjelaskan, waktu operasi stesen minyak di seluruh negeri juga ditetapkan untuk tempoh sama, manakala pasar harian dibenarkan dibuka mulai jam 6 pagi hingga 2 petang.

“Pasar malam, pasar tani, tamu dan pasar borong, pula dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP sedia ada.

“Teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 8 malam, sebarang perincian SOP berkaitan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4417